Kelas ICT Individu (Canva, Internet dan Emel)
8 November 2020 | Aktiviti TerkiniKelas ICT individu pada kali ini mengandungi pembelajaran tentang Canva, Internet dan Emel. Kelas ini telah dijalankan pada 7 November yang lalu bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi. Tujuan pembelajaran pada kali ini adalah untuk merekabentuk hebahan dengan menggunakan canva kemudian hebahan yang telah siap tersebut diupload ke dalam media sosial dan kaedah penghantaran emel juga di ajar kepada peserta. Latihan yang diadakan selama sejam ini telah memampatkan kandungan pembelajaran secara ringkas dan padat untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Peserta latihan pada kali ini adalah pelajar yang berumur 15 tahun dari sekolah berdekatan untuk menyiapkan hebahan dan kerja kursus asas perniagaan iaitu salah satu subjek di sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: